Cara Makeup Simple Untuk Ibu Anak Kecil
Bila dah bergelar ibu ni, Yuyu akui memang susah sangat nak bersiap. Sebab ada tangan-tangan kecil yang lebih pantas daripada segalanya. Tiba-tiba je zap, hilang barang dia bawa main.
Rutin harian sebagai ibu pun jadi berganda mencabarnya, sampai kadang-kadang tu tak sempatlah yang bersiap pakai makeup macam zaman bujang dulu.
Buat korang yang bergelar ibu, Yuyu nak share cara Yuyu makeup yang simple tapi tetap manis je dipandang. Serba ringkas.
Bagi Yuyu, benda paling penting dalam makeup ialah foundation sebab tu asas yang akan tentukan hasil akhir kita nanti. Dalam banyak-banyak foundation yang Yuyu try, ada satu yang Yuyu paling suka, iaitu Clinique Beyong Perfecting. Aplly satu layer pun dah tertutup segala dark circle Yuyu.
Nak tahu kenapa? Sebab foundation ni turut ada concealer sekali tau. Tu yang jimat masa tak payah apply concealer lain. Seminit je dah siap sebelum korang apply benda lain macam eyeliner, eyeshadow, mascara, blusher & lipstick.
Dah siap~ Mudah kan?
Nak tahu banyak lagi cara/tips makeup yang simple tapi nampak manis, korang boleh tekan je link SANTAI SINI sebab banyak kawan-kawan blog Yuyu share jugak tips dorang.
Artikel asal: Yuyu Zulaikha