Kenal Jenis Kulit Korang Dengan Mudah Dengan Cara ‘Homemade’ Ni
Sejauh mana korang kenal kulit sendiri?
Nampak macam soalan ni simple je kan? Tapi korang tahu tak yang ia penting supaya korang tahu skincare mana yang sesuai dengan jenis kulit korang dan tak menyebabkan kulit korang breakout?
Jika korang mampu, boleh terus ke klinik dermatologi untuk dapatkan analisis lengkap. Tapi buat yang tak mampu, korang boleh je buat eksperimen ringkas ni dekat rumah. Caranya mudah je.
1. Cuci muka dengan pembersih muka dan keringkan.
2. Biarkan 2-3 jam ataupun semalaman. Jangan buat aktiviti luar atau duduk dalam kawasan berair-cond. Keputusan mungkin berbeza.
3. Tekap perlahan kawasan kulit muka dengan tisu atau blotting paper yang berbeza di setiap kawasan; pipi, dahi, dagu dan hidung.
4. Perhatikan kalau ada tompokan minyak atau kepingan kulit yang menggelupas.
Keputusannya,
kulit berminyak: jelas tompokan minyak pada semua kawasan muka
kulit kombinasi: jelas tompokan minyak dekat zon T, bahagian U sedikit kering
kulit normal: tiada kesan tompokan minyak
kulit kering: boleh nampak kulit menggelupas atau tegang masa strechkan kawasan muka
kulit sensitif: jelas kelihatan kemerahan, ada iritasi dan rasa pedih pada kulit
Jadi korang kulit yang mana satu?
Btw, korang tahu tak ada skincare yang halal & selamat untuk semua jenis kulit? Jom tengok sharing KP dekat SINI.
Atau korang boleh pilih mana satu daripada mask Caudalie ni yang sesuai dengan jenis kulit korang yang pernah Ashley share dulu. Terasa macam pergi buat treatment dekat spa uols!
Artikel asal: Ashley Yeen
Kredit gambar utama: Amanda Dalbjorn via unspalsh