Rakam Momen Dengan Gelang Pandora Edisi Heart Closure Snake Chain
Dalam hidup ni, tak kisah momen apa pun, semua perlu dihargai. Manis, masin, tawar, pahit semua tu ajar kita jadi lebih baik daripada sebelum ni. Bak kata pepatah, pengalaman itu mematangkan. Haa, gituh~
Ada orang suka rakam omen dia dengan gambar, ada juga yang masih lagi tulis jurnal/diari, dan ada juga yang gunakan charm untuk define each momen yang dia rasa sangat perlu diingati dan dihargai.
Buat korang yang dalam kategori terakhir tu, Kelly nak share cara Kelly simpan momen-momen yang penting dalam hidup Kelly.
Mesti korang tahu kan yang gelang pandora ni femes dengan charm-charm dia yang sangat unik dan boleh bawa korang ke tempat baru secara simboliknya. Sebab dalam setiap charm boleh ceritakan apa yang berlaku.
Kelly jatuh cinta pada gelang daripada koleksi Autumn Pandora Moments ni sebab rekaan dia sangat simple tapi tetap elegan dan manis dengan hujungnya disambungkan dengan simbol hati.
Dihasilkan dengan kualiti metal terbaik, korang boleh secara kreatif customize ikut occasion yang korang nak pergi. Dengan gelang yang sama, cuma disesuaikan ikut majlis. Memang banyak boleh jimat duit untuk beli aksesori dan simpanannya kan?
Meh sis close up sikit untuk korang cuci mata lihat keindahan dan keunikan gelang ni.
Comel kan?
Artikel asal: Sunshine Kelly