Tempat Lepak Hidden Gem Yang Ramai Tak Perasan Dekat NU Sentral
Selalu kalau menunggu train, korang tunggu dekat mana je? Melepak dekat kawasan depan train atau korang ronda-ronda cari tempat lepak yang best.
Okey kalau korang dah bosan lepak dekat McD, KFC dan sebagainya, sis nak share dengan korang satu hidden gem yang tak ramai orang tahu kewujudannya dekat NU Sentral. Kafe yang boleh korang jamu perut dan tekak korang dengan makanan sedap-sedap.
Iaitu Eatropica Café yang terletak dekat 6th Floor Lobby Menara 1 Sentrum Brickfields. Naik tingkat 5 NU Sentral dan sebelah GSC naik lif ke tingkat 6. Walk over sky brdge untuk ke menara sebelah. Haa itulah dia Menara 1 Sentrum.
Sunyi dan selesa untuk korang lepak sensorang atau buat casual meeting, kafe ni bukan memang sesuai sebab bukan setakat boleh korang minum kopi, tapi juga korang boleh order macam-macam makanan best dekat sini.
Antara yang Best Restaurant to Eat enjoy, ialah Curry Laksa, Nasi Lemak Rendang Ayam, Penne Carbonara, Pulled Lamb Burger, Morrocan Lamb Shanksdan beberapa lagi.
Sebelum diserve dengan beberapa dessert menarik macam Sticky Date Pudding with Butterscotch Suce anda Vanilla Ice Cream, Matcha Magic Chia Seed with Almond Pudding.
Menarik kan? Bolehlah ajak member lepak sini. Tenang sikit dari kebisingan tempat yang crowded dengan manusia.
Artikel asal: Best Restaurant to Eat