Mask Fabrik Anti-bakteria Yang Boleh Anak-Anak Guna
Dalam norma baharu, mask adalah salah satu aksesori wajib kena pakai kalau korang nak keluar rumah. Walaupun banyak mask muka yang ditawarkan dalam pasaran, tak semuanya kena dengan kulit semua orang.
Ada yang pakai mask terlalu lama, sampaikan naiklah gatal-gatal pada muka disebabkan pemakaiannya yang terlalu lama.
Buat korang yang tengah cari mask murah tapi berkualiti terutamanya untuk anak-anak pakai masa ke sekolah, maybe boleh try mask daripada jenis kain.
Macam Huda, disebabkan masalah kulit muka anak tak tahan, Huda tukarkan mask biasa ke mask kain dan kemudian tu dorang dah tak ada alami alahan dah. Yang Huda beli ni dari Shopee je.
Kalau buat perbandingan, mask kain yang Huda beli ni hanya perlukan Huda keluarkan kos sekitar RM12.40 sebulan berbanding dengan mask biasa yang boleh cecah lebih RM20 sebulan. Layer pun lebih banyak iaitu 7 layer berbanding 3 layer dengan perlindungan antiviral dan anti microbial.
Kalau korang Tanya Huda pulak, Huda ada share yang hari tu Huda pakai mask kain dari Siti Khadijah je. Paling best sebab jenis head loop. Boleh refer SINI
Artikel asal: Cerita Huda.