Tips Untuk Hijabis Kekal Selesa Dengan Cuaca 2 Iklim Di Malaysia
Tinggal di Malaysia yang iklimnya cuma panas dan hujan sepanjang tahun, memang selalu buat kita rasa tak selesa nak beraktiviti. Kalau berhijab, maybe cabarannya lebih besar terutamanya kalau hijab sentiasa di kepala.
Bila dah buat aktiviti, mestilah berpeluh. Lagi lagi bahagian kulit kepala. Lepas tu mulalah rasa gatal-gatal. Kalau tak dibendung, memang akan sebabkan masalah rambut gugur, rambut rosak dan sebagainyalah.
Untuk korang yang nak rasa selesa beraktiviti dalam keadaan cuaca Malaysia ni, sis nak share beberapa tips yang boleh korang amalkan.
1. Syampu rambut
Bila cuaca panas, kulit kepala akan lebih banyak keluarkan peluh dan sebum. Sebab itulah korang kena tetapkan rutin mensyampu supaya kulit kepala kekal segar dan tak adalah bau kepam.
2. Jangan biarkan rambut panjang lama sangat
Kalau korang bertudung, jangan biarkan rambut korang panjang terlampau lama. Lagi-lagi kalau rambut korang jenis tebal. Haba akan terkumpul, nak pulak kalau korang ikat rambut. Kesannya kulit kepala akan tertekan sebab ikatan rambut makin lam jadi makin berat. Jadi potonglah rambut tu kalau dah panjang terlampau lama okey?
3. Guna hijab dari fabrik fiber tulen
Nak beli tudung atau hijab, jangan sekadar tengok design yang cantic sebaliknya korang kena consider juga fabrik yang digunakan. Sebaiknya pilih fabric dari fibre semulajadi macam kapas dan sutera supaya aliran udara boleh ‘keluar masuk’. Kulit pun senang bernafas berbanding guna fabrik sintetik yang lebih kasar pada rambut.
4. Selalu tukar inner
Untuk sehelai inner tu, janganlah pakai sampai betul-betul dah busuk baru nak tukar. Tanpa sedar, habit nilah punca kepada berlakunya masalah rambut. Tukar inner korang dengan kerap, dank orang akan perasan perubahannya. Contoh kulit kepala jarang rasa gatal, kepala pun dah tak ada masalah bau kepam.
5. Hair mist
Bukan hanya badan je perlukan mist tau. Rambut pun sama tau supaya bau bau yang tak menyenangkan tu tak keluar sampai orang sebelah pun bau. Atau korang juga boleh gunakan hair serum yang bantu haling pembiakan bakteria pada kulit kepala yang jadi punca kepada masalah rambut yang lain.
Nak mudah, korang boleh je gunakan dua produk dari Follow Me ni. Tak kisahlah korang berhijab atau tak sebab ia sesuai untuk semua. Bila pakai memang akan terasa segar sebab menggunakan the hijau dengan wangian delima.
Lepas ni hijab dah bukan alasan tak nak beraktiviti la kan?
Kredit gambar utama: Good Faces via unsplash