Tambah Serum Dalam Skincare Routine, Korang Akan Amaze Tengok Perubahan Kulit
Untuk skincare routine yang basic memang kita tak boleh tinggal ialah cleanser, moisturizer dan sunscree. Tapi kalau korang nak kulit bertambah tambah naik serinya, bolehlah tambah beberapa lagi produk macam toner, serum, ampoule, essence dan sebagainya.
Kalau korang tak rajin nak tambah banyak-banyak, boleh tambah serum je. Sebab serum ni dapat bantu salurkan khasiat ke dalam kulit dengan lebih cepat sebab molekulnya kecil. Jadi dalam beberapa titis penggunaan je dah cukup untuk seluruh muka.
Sebab tu ada botol serum yang memang kecil comel je.
Korang kalau suka benda yang diperbuat daripada bahan natural, korang boleh try serum Il’ Dolce Face Serum yang dihasilkan dengan gunakan gabungan ekstrak timun, aloe vera, vitamin C dan vtamin E yang baik untuk kulit.
Dan kalau korang nak tahu, produk ni di bawah pelakon yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah.
Cara nak guna mudah je. Lepas bersihkan muka dan pakai toner, sapu rata beberapa titis serum ke seluruh muka dan lengkapkan dengan moisturizer dan sunscreen. Mudah je kan?
Nak kulit cantik, kena rajin je. Tak rajin, tak dapat.
Artikel asal: Kitepunye