Elak Selalu Pakai Heels Kalau Korang Tak Nak Benda Ni Jadi
“Beauty is pain.”
Selalu kan dengar ayat ni kalau dalam industri fesyen? Demi fesyen, sampai sanggup gadaikan kesihatan sendiri. Contoh paling comman yang orang biasa pun buat ialah kasut tumit tinggi. Atau heels.
Ada orang bila pakai heels, barulah dia rasa konfiden sebab heels ni banyak bantu untuk nampak dia lebih tampil berkeyakinan. Tapi nak tahu tak, penggunaan heels ni tak baik untuk kesihatan kita?
1. Postur
Bila korang pakai heels, korang tanpa sedar dah letakkan tekanan pada depan kaki untuk kekalkan keseimbangan tubuh. Jadi seluruh badan kena bekerja untuk sesuaikan keadaan ni. Bahagian bawah badan bersandar ke depan dan untuk seimbangkan, bahagian atas terpaksa ‘bersandar’ untuk balancekan tubuh.
2. Anatomi
Anatomi badan boleh berubah kalau korang guna heels tanpa gagal setiap hari. Sebab tekanan yang tak wajar berlaku pada bahagian belakang dan lutut sebab berat badan beralih ke depan. Otot betis pun boleh memendek dan tendon pun boleh menebal.
Nak senang faham, korang boleh tengok video ni: Wearing high heels
3. Tumit merekah
Ye korang, tanpa sedar masalah tumit merekah ni puncanya dari heels sebab berlakunya tekanan. Bila tumit dah merekah tu, nak jalan pun dah tak best sebab sakit, kan?
Dah rasa sebab ni cukup untuk buatkan korang beralih pindah ke kasut yang lebih baik. Bukan tak boleh pakai heels, boleh. Tapi jangan selalu.Cari kasut yang sesuai yang mana ia selesa dekat bahagian tumit dengan sedikit ruang untuk kaki bergerak.
Artikel asal: Keunggulan Wanita
Info tambahan: Hellodoktor
Kredit gambar utama: Simona Todorova via unsplash