1 Sandal Ada 3 Strap, Boleh Main Tukar Ikut OOTD
Pernah terbayang tak yang korang akan miliki sandal yang boleh ditukar-tukar strap dia? Sandal sama je, tapi contohlah rasa hari ni macam bosan je nak gugurl so pakai strap yang warna hitam untuk nampak lebih basic macam tu.
Ashley jumpa Ipanema Troca Tira ni memang rasa macam new level sebab setiap pembelian dapat 3 straps yang boleh ditukar-tukar. Yang jenis cepat bosan guna benda sama tu haa bolehlah try kan? Sesuai sangat.
Ada 2 jenisprint design dia yang mana dalam setiap koleksi print design tu ada 4 jenis warna yang boleh korang pilih.
“Alaa, risaulah tak pandai nak tukar strap dia…” Leklek, ni ha ada tutorial yang boleh korang follow.
Rasa macam berbaloi kan. Dengan harga macam tu boleh dapat 3 look dengan satu sandal. Wow sangat.
Artikel asal: Ashley Yeen