Tips Bakal Mommies Bila Nak Beli Baju Mengandung
Tak semua orang, bila mengandung tu masih muat pakai baju yang selalu dia pakai. Bila awal trimester maybe muatlah tapi bila masuk je second trimester tu, banyak yang dah jadi tak muat.
Terutamanya dekat bahagian perut. Boleh terasa macam tercekik la perut tu kalau dipaksa juga pakai pakaian yang ketat.
Untuk mommies yang baru first time mengandung, cari baju mengandung tu agak mencabar jugak kan? Bagi mudahkan uols, Kelly nak share sikit beberapa tips yang boleh korang apply dalam memilih baju mengandung yang sesuai.
1. Cuaca
Sebabkan Malaysia ni ada dua cuaca je, hujan dan panas. Maybe bakal mommies boleh beli beberapa baju yang sesuai dengan cuaca ni. Makna kata kalau musim panas, maybe boleh cari kain yang selesa. Contoh macam fabrik cotton, sesuai pakai untuk cuaca dekat Malaysia ni.
2. Bentuk badan
Bila baju mengandung ni, dia bukan macam baju biasa. Jadi elakkan baju yang terlampau loose atau terlampau ketat untuk keselesaan perut korang okey?
3. Underwear
Untuk underwear pulak ada beberapa yang boleh korang cuba. Sama ada yang tutup perut atau pun yang macam underwear biasa je. Sama jugak macam bra. Sebabkan breast akan ‘membesar’, maybe bra biasa yang korang pakai akan terasa ketat dan tak selesa.
4. Kasut
Mengandung juga akan buatkan kaki korang kembang sebab berat badan dan berganda daripada sebelum ni. Jadi pilih kasut yang sesuai dan selamat untuk korang pakai sepanjang tempoh mengandung ni adalah penting. Bukan sekadar match dengan OOTD je tau.
Selain 4 ni, korang ada tambahan nak share dengan bakal mommies yang tengah cari baju mengandung tak?
Kredit gambar utama: Courtney Wentz via Unsplash