Rawlins Share Kosmetik Untuk Si Kulit Super Sensitif, Approved!
Ada kulit yang sensitif memang tak best. Pakai produk yang ada bahan tertentu, haa mulalah kulit bagi reaksi yang tak best. Gatal-gatal, naik kemerahan, jerawat dan sebagainya lah.
Tapi kalau super sensitif macam Rawlins? Lagilah memilih bila nak guna satu-satu produk tu kan.
Kat sini, Rawlins nak share lah satu produk dari brand local yang Rawlins rasa sangat sesuai dan tak beri kesan reaction yang tak best dekat kulit Rawlins. Produk siapa lagi kalau bukan daripada penyanyi nombor satu dunia kita, Siti Nurhaliza.
Dah hampir 12 tahun dorang ada dalam pasaran dan yang membanggakan, produk ni dah bukan setakat pasaran local je tapi juga masuk level international uols!
Antara yang Rawlins suka ialah dia punya Cushion Foundation. Yang ni Rawlins pilih tone Medium sebab shade dia memang just right untuk skin tone Rawlins. Dah pakai 4 jam, masih no crack okey.
Setengah foundation kan bila pakai mask tu, mulalah mask tu comot dengan warna foundation kan? Tapi yang ni dia tak. So bolehlah melaram dengan mask putih kan?
Yang kedua Eyeshadow Palette dia. Tak perlu cakap banyak, tengok jelah pigment dia macam mana.
Lepas tu Powder Blusher dia sangat sangat mudah nak apply. Dab dab je and korang dah boleh terus onzz. Bestnya blusher ni sebab packaging dia buatkan tak ada lagi masalah beg kotor sebab bekas blusher pecah ke, blusher tertumpah ke. Nice kan?
Tak dilupakan eyeliner dan lipstick yang teksture dia sangat bestlah. Jadi jangan tekan kuat sangat masa apply eyeliner tu. Takut kang patah pulak.
Sedikit info, lipstick dia akan transfer sikit dekat mask, so hati-hati!
Yang Rawlins share dengan korang ni dari range Reflection of Perfection range dan tone yang dorang offer memang kena dengan tone tone orang Asia.
Btw, CNY ni banyak offer. Why not korang try test?
Artikel asal: By Rawlins