Pilihan Kasut Yang Sesuai Untuk Kaki Jenis Flat
Korang ingat tak, sebelum ni Betty pernah share apa sebenarnya tapak kaki rata ni bermaksud dan bagaimana kondisinya.
Untuk mudahkan korang faham, kaki rata atau flat feet ni adalah keadaan yang mana tapak kaki korang tak berlekuk lepas usia 10 tahun. Bila ada flat feet, berat badan tak mampu disokong dan tekanan yang dihasilkan masa berjalanan tak akan diserap.
Lama-lama, kaki memang akan rasa sakit walaupun korang cuma berdiri je. Nak tahu lanjut pasal flat feet, korang boleh baca sharing Betty DEKAT SINI.
Kalau korang nak tahu, Weekend Treat pun ada masalah yang sama. Bila pergi jumpa pakar dekat Jennortho, memang banyak yang Weekend Treat belajar. Antara yang paling penting, macam mana nak pilih kasut yang sesuai dengan jenis tapak kaki.
Paling mudah, tak payah korang tambah pening kepala bila pergi JennOrtho ni bila dorang sendiri ada kasut yang khas untuk geng-geng kaki flat ni. Sedap dan selesa nak pakai bila kasut tu memang didesign khas ikut kaki kita.
Tak ke best tu?
Untuk kanak-kanak pun ada. Banyak sangat pilihan kasut yang comel dan cantik untuk anak-anak pakai.
Satu lagi yang Weekend Treat nak share dengan korang ialah exercise yang boleh korang buat bila ada flat feet ni ialah dengan cara try pickup tuala dekat lantai guna kaki. Alaah, macam tak biasa buat kan. ;p