Lens Yang Best & Tak Sakitkan Mata Untuk Korang Pakai Daily
Bila mata dah rabun, aktiviti seharian pun terasa macam ada batasan. Apatah lagi kalau keluar. Bila pakai spek ni, nak bergaya tu macam terhad sikitlah. Terutamanya kalau nak beraktiviti lasak.
Jadi ramai yang memilih untuk try out pakai lens cumanya bila buka group WhatsApp, banyak mesej berantai yang mengatakan keburukan lens ni. Hmm.
Tak salah atau tak merbahaya pun untuk korang pakai lens. Asalkan korang tahu DO and DONTS dia. Contoh macam kena tahu cara cuci lens yang betul supaya bila pakai nanti, dalam kesan masa panjang mata tak rosak.
Buat korang yang risau sangat, instead of try lens yang pakai sebulan tu, apa kata korang pakai yang daily punya. Lagi terjamin sebab pakai sehari dan esoknya tukar yang baru. Jadi kebersihan dan keselamatan lebih terjamin kan?
Antara brand yang Betty percaya sebab jual dekat kedai optometry ialah brand Acuvue yang bukan je boleh bantu korang nampak tanpa perlu pakai spek tapi juga menghalang mata daripada rosak disebabkan sinaran UV berbahaya.
Ada 5 design yang boleh korang pilih antaranya brown limbal ring dalam box Vivid Style dan dark grey limbal ring dalam box Natural Shine.
Apa-apa pun, nak selamat.. Belilah lens dari tempat yang sepatutnya. Mata tu kan nak pakai lama. Jadi penjagaan rapi diperlukan tau.
Artikel asal: Betty’s Journey