Kafe Ni Buatkan Korang Kembali Imbau Memori Lejen Zaman Kanak-Kanak
Kalau nak dibandingkan zaman kanak-kanak sekarang dengan zaman kanak-kanak dulu, jauh bezanya. Dulu kita ni penuh dengan aktiviti luar, berpanas. Kanak-kanak sekarang terutamanya yang membesar dalam keadaan pandemik ni banyaknya yang beraktiviti dalam rumah.
Nak bagi budak-budak tengok apa yang kita main zaman dulu pun dah susah sebab banyaknya yang dah makin hilang.
Buat korang yang rindukan zaman kanak-kanak tu, Weekend Treat nak share sikitlah pengalaman dia pergi satu kafe dekat Mid Valley iaitu Reminisce Café.
Sambil-sambil menikmati makanan atau pun tunggu makanan sampai, bolehlah tengok hiasan dalaman kafe sambil imbau balik memori zaman kanak-kanak dulu. Daripada permainan sampailah ke jajan, ahh memang memori betul.
Korang ingat lagi tak game tikam tikam ni? Sanggup tu simpan duit syiling semata nak try luck dapat apa lepas pusing-pusing tu.
One happy family at home~~
Belon paling lejen…
Ah, rindunyeee geng nakal nakal masa kecik dulu.
Artikel asal: My Weekend Treat