Beli Barang Pre-loved Pun Boleh Buat Kebaikan
Korang jenis suka bergaya tak, tapi ada perangai tak suka membazir beli baju mahal-mahal. Jadi solusinya belilah baju preloved dekat kedai-kedai bundle.
Mungkin ada yang berpendapat baju bundle ni macam tak ada yang cantik. Eh, salah tau. Kalau korang pandai cari, memang akan jumpa yang cantik cantik. Memang macam baru pun ada.
Macam yang Ayu pernah pergi ni kedai BLESS, di bawah projek SIBKL Community Berhad. Ayu suka sebab dorang ni bukan organisasi yang cari keuntungan sepenuhnya sebaliknya terlibat dalam menyalurkan kepada komuniti kebajikan yang memerlukan bantuan.
Macam kedai BLESS ni dia ada 5 cawangan yang jual daripada pakaian, buku, perabot, beg, kasut dan juga permainan. Barang-barang bukan cikai tapi yang berkualiti dalam harga yang rendah.
Best kan?
Kalau korang nak tahu aktiviti BLESS Shop ni, korang boleh follow edia sosial dorang https://www.facebook.com/blessshopsibkl okey?
Yang penting harganya kena dengan pket rakyat marhaen kita ni.
Artikel asal: Ayu Arjuna