Set Skincare Gaya Minimalis Dari Althea
Tahun 2022, skincare gaya minimalis dijangka akan menjadi trend. Ramai dah mula amalkan gaia hidup minimalis bukan je setakat pemilihan perabot, pemilikan pakaian tetapi juga daripada segi pemilihan skincare atau pun skincare routine.
Dan Sherlyn yakin yang skincare ni memang sesuai untuk korang sebab dengan hanya penggunaan 3 produk ni, Sherlyn yakin korang boleh dapat kulit peloles macam orang Korea!
3 langkah untuk capai kulit macam tu, korang boleh mulakan dengan Contour Cleanser yang ada micro capsule yang mana bila terkena air, dia akan meletoppp! Bukanlah meletup macam bom tu, tapi dia meletup secara lembut tau.
Cleanse, exfoliate dan buang segala kotoran yang ada dekat kulit dengan bahan utama Ice Plant dan ekstrak Lemon Myrtle di samping improvekan peredaran darah, kurangkan sembab untuk hasilkan muka lebih runcing.
Itu yang kita mahukan!
Kemudian korang boleh pakai Primer Water yang boleh digunakan sebagai toner dan primer. Banyak kan boleh jimat macam ni?
Dengan kandungan ekstrak Snow Lotus, kulit akan lebih smooth dan cerah glowing sebab dengan formulasi teknologi, kulit korang akan dirawat dari dalam bagi memudahkan hydration tembus jauh ke dalam.
Dan last sekali korang boleh guna Fixer Cream yang membantu dalam mendapatkan kulit lebih lembab dan elakkan kelembapan tu hilang. Nak kulit yang bouncy bouncy, kenalah pakai krim ni sebab ektrak baobab tree yang ada dalam ni promote production kolagen.
Lepas gunakan 3 produk ni, korang akan perasan yang nanti hasil dia boleh buatkan orang ingat korang cucuk botox pulak. ;p Sebab nampak elok je peloles. Hihi, selamat mencuba!
Btw sesuai untuk semua jenis kulit tau.
Artikel asal: Read Sherlyn