Yang Buatkan Luxury Swimwear Sangat Istimewa
Walaupun ada antara kita yang tak pakai swimwear dekat public, siapa kata tak boleh ada koleksi sendiri kan?
Pakai masa pergi hotel yang ada private pool atau feeling-feeling masuk jakuzi ke, maybe ada jugak antara kita yang sedikit berkira nak keluarkan duit yang lebih untuk swimwear ni.
Jangan tak tahu, one set swimwear ada yang boleh cecah harga yang korang rasa tak masuk akal tau. Sebabkan ini, timbullah persoalan kenapa swimwear ni mahal sangat? Haa, jom Tall Pisces nak share.
1. Material kain untuk luxury swimwear ni biasanya memang boleh dapat rasa lain gila dengan swimsuit biasa. So, berbaloi dengan harga yang dibayar, tak akan ada rasa tak selesa pun bila korang pakai sebab kualiti kain yang digunakan memang sangat berbeza dengan swimsuit biasa.
2. Ketahanan untuk luxury swimwear memang berbaloi dengan harganya. Maybe swimsuit biasa, kalau pakai selalu korang akan nampak dia nampak lusuh atau lama. Luxury swimwear ada yang boleh bertahan sampai bertahun-tahun tau walaupun korang duk repeat pakai benda sama.
3. Dalam apa-apa pakaian pun selesa mesti jadi benda utama sebab kenapa pakaian tu dipilih kan? Sebab itulahTall Pisces Girl tak berkira sangat kalau kena melabur dekat luxury swimwear ni.
4. Pakai apa-apa pun, biarlah make it fasyunn (fashion). Nampaklah bergaya sikit kan? Yang penting cari yang sesuai dengan tubuh badan korang tau!
Artikel asal: Tall Pisces Girl