Gunakan Magik Dari Tera Untuk Kulit Flawless Menjelang 2022
Masuk tahun 2022 ni, apa azam baru korang?
Kalau azam korang betul betul nak jaga skin sampai flawless dan bebas jerawat, sis nak share satu produk yang akan buatkan korang rasai 10 kesan hebat untuk capai impian kulit flawless ni.
Dengan My Magical Skincare Routine dari Tera Skincare, korang akan rasa kulit macam terkena sumpahan magik dengan hanya guna 4 produk ni iaitu:
1. Carrot Soap
2. Soft Pearl Peeling Toner
3. Flawless Day Cream
4. Stardust Night Cream
Dengan kandungan bahan yang membolehkan kulit dirawat dengan kaedah peeling skincare, lapisan kulit mati yang jadi penyebab kulit kusam akan dibuang. So yang tinggal kulit baru yang segar dan elok je nampak sekata.
Antara benda lain yang korang akan alami lepas amalkan skincare routine ni, korang akan nampak jerawat/parut makin kurang, liang pori makin mengecil. Malah blackhead dengan whitehead pun dah semakin terkawal.
Jangan risau. Maybe dengar peeling skincare ni macam takut je kan. Tapi bahan pengelupasan yang digunakan dalam produk ni tak bahaya pun.
Antaranya AHA, BHA, kojic, lactic acid, TCA dan juga resorcinol yang boleh baiki semula struktur kulit dan hilangkan garis garis halus yang ada.
Menarik kan untuk korang capai impian korang dapatkan kulit bebas jerawat menjelang pertengahan 2022 ni?
Artikel asal: Cerita Huda