Sambut 2022 Dengan Imej ‘Misteri’ Bila Pilih Warna Kuku Yang Strong Dark
Hai gurls. Tengah cari jalan nak manjakan diri sempena tahun baru 2022 ke tu supaya lebih bersemangat menuju kehidupan normal baharu lepas 2 tahun berperang dengan virus COVID?
Kalau korang nak mulakan new year dengan semangat baru, Kelly nak share la satu tempat yang Kelly pampered diri Kelly dalam masa me time tu.
Macam Kelly, Kelly bila me time selalu akan pergi buat manicure, pedicure, skrub dan nail art dekat nail spa salon.
Masuk masuk je dah dihidangkan dengan air dan snack kekacang. Lepas tu treatment akan dimulakan dengan hand scrub dan massage. Terasa segar betul. Bila scrub tu terkejut jugaklah tengok sel kulit mati yang tertanggal. Emm.
Dekat bmic Nail Spa Salon ni, banyak sangat pilihan yang ada. Sampai Kelly tak tahu nak pilih warna apa. End upnya Kelly pilih OPI Royal Rajah Ruby I52 yang warnanya bagi aura intense.
Untuk proses stamping, nampak macam fun tapi kena cepatlah sebelum ink tu kering. Kalau tak, kena redo balik proses warna tadi.
Lawa juga kan? Nampak elegan walaupun ada aura aura misteri macam tu. Sesuailah kot kalau nak sambut tahun 2022 yang misteri ni.
Lepas ni, Kelly nak try nude atau light colour la. Tengok macam mana pula dia pergi.
Artikel asal: Sunshine Kelly