Pengalaman Ber SnoWalk Dekat i-City Shah Alam
Cuti sekolah berbaki beberapa ketika lagi ni, korang dah plan ke nak mana-mana lagi?
Comel nak share sikit dengan korang satu lokasi yang best untuk korang bawa anak-anak habiskan cuti sekolah yang ada. Kalau korang dari KL atau Selangor dekat je.
Okey, apa kata korang bawa anak-anak pergi main salji? Tak tak, bukan dekat luar negara, tapi dalam negara je. Dekat SnoWalk @ i-City Shah Alam.
Walaupun salji dekat sini cuma salji buatan tapi ia pengalaman yang sangat menariklah buat anak-anak yang selalu sangat teringin nak pergi main salji tu. Untuk pengetahuan korang, kitaorang gerak pagi sebab nak elak crowd ramai. Tak adalah bersesak sangat dalam tu.
Tapi SnoWalk ni dia lebih kepada hiasan/blok ais batu tau. Banyak binaan ais yang besar-besar macam contoh slide, rumah agam dan perabot dalam tu pun dia buat daripada ais. Mak-mak yang datang pun sama naik teruja.
Kena ingat, dah plan nak datang sini memang kena pakai baju tebal siap-siap. Kalau boleh sekali glove dan kasut yang tak licin. Kalau tidak terganggu jugak nak main tu. Isi perut siap-siap sebab kalau cuaca sejuk memang cepat nau laparnya.
Suhu dalam tu pulak dalam lebih kurang -5 darjah. Korang bayangkan lah. Dalam aircond 16 degree pun dah tak tahan. Nak pulak suhu minus macam tu.
Maklumat lanjut pasal harga tiket boleh terus ke official page https://www.i-city.my/.
Selamat berhibur!
Artikel asal: Comel Comot