Marriott Putrajaya Buat Promosi Gila-Gila Sempena Sambutan Krismas & Tahun Baru!
Korang ada plan dah nak raikan penutup tahun 2021 ni dekat mana? Kalau korang ada plan nak dinner date ke apa, sis nak cadangkan dekat korang pergi survey Marriot Putrajaya.
Sebab Best Restaurant to Eat bagitahu yang dorang ni tengah buat promosi gila-gila tau.
Dinner @ Christmas Eve 24 Disember
Dengan harga RM158 per person untuk orang dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak korang boleh makan macam-macam hidangan menarik ynag selalu ada masa sambutan Christmas Eve.
Antara menu menarik yang disediakan ialah oyster, ayam belanda panggan, sup labu dan dessert macam kek buah, puding krismas, aiskrim dan banyak lagilah bermula 6.30pm sampai 10pm.
Hi-tea @ 25 Disember
Kalau korang peminat dessert, haa masa nilah nak rebut peluang hi-tea dekat Marriot. Sebab banyak sangat sangat dessert yang boleh korang pilih. Tak kisahlah dessert lokal sampailah yang ke international semua ada. Heaven!
Harga untuk dewasa RM148 dan kanak-kanak RM70 per person.
Dan untuk Dinner @ 25 Disember tu harganya masih sama dengan dinner @ Christmas Eve. Cumanya menunya lebih kepada Asia & lokal.
Japanese dinner pun ada dengan harga sekitar RM168 untuk dewasa dan RM78 untuk kanak-kanak.
Nak checkout apa lagi yang best untuk korang layan dekat Marriot, senang je. Pergi je terus website dorang marriotputrajaya.com
Artikel asal: Best Restaurant to Eat