Koleksi Beg Tangan Kulit Edisi Musim Sejuk GUESS LUXE
Sekarang ni dekat luar negara tengah musim salji. Sesuai dengan musim sejuk, GUESS LUXE ada perkenalkan rangkaian beg tangan kulit yang offer 2 mood dekat peminat brand dorang iaitu Minimal dan Bon Ton Charme yang sesuai dengan wardrobe wanita urban.
Dengan kualiti kulit yang memang tak perlu dipersoalkan lagi, setiap beg akan complement stail pemakainya dengan aura feminim dan juga romantis. Nampak lebih manis macam tu.
Untuk design Minimal, beg yang ditampilkan lebih natural dan klasik yang mana perfect untuk apa-apa outfit yang korang pakai untuk nampak elegen. Walaupun nampak simple, tetap menarik & elegan.
Untuk Bon Ton Charme pula design dia lebih kepada attention to all details. Antara yang Ashley rasa perfect untuk event macam minum petang atau window shopping ialah quilted flap bag. Sangat must have lah senang kata.
My G’s
Patty
Primerose
Timeless
Artikel asal: Ashley Yeen