Produk Kosmetik Yang Sesuai Untuk Gadis ‘On The Go’
Kadang tu bila dah terlambat memang kita ni orang perempuan makeup dalam kereta je. Asalkan muka tak nampak pucat. Biasanya memang ada spare la satu set dalam kereta supaya kalau dah lambat tu senang dekat lampu trafik pun boleh touch up kejap.
Hari ni Comel nak share satu produk kosmetik yang Comel rasa mesti korang pernah dengar iaitu Obsess Cosmetics. Comel nak share hari tu adalah Comel dijemput join satu event dorang. Sebelum ni Comel tahu pasal brand ni, tapi tak pernah lagi guna.
Masa event tu, Comel dapat beberapa produk. Antaranya Cushion Foundation, Loose Powder, Mascara, Eye Brow Refiner, Matte Lipstick dan Makeup Remover.
Comel rasa memang produk ni sangat sesuai untuk korang yang nak on-the-go sentiasa tu. Sebab:
1. Cushion foundation dia sangat ful coverage. Korang hanya perlu dab sekali je, habis ditutupnya segala cela dekat muka. Yang bestnya elok je terletak dekat kulit dan nampakkan kulit glowing macam tu.
2. Tekstur loose powder dia sangat ringan dan senang je nak sapu dekat muka. Lepas tu dia bagi efek finishing after apply. So kulit tu nampak lebih segar dan rata lepas sapu foundation. Tak adalah kesan merekah ke.
3. Eye Brow Refiner ni senang nak apply sebab berus dia sangat mudah nak guna untuk ukir alis kening korang dengan sempurna. Nampakkan kenig tu terbentuk secara natural je.
Gunakan 3 step dekat atas, inilah hasil yang Comel dapat.
Sangat mudah, senang dan cepat kan kalau nak makeup dekat lampu merah yang menyala kadang 30 saat je tu. Kan?
Artikel asal: Comel Comot