Plus Size Dah Tak Payah Tempah, Beli Je Baju Melayu Dekat Butik Bob Rock Ni
Plus size dah bukan alasan untuk tak berfesyen. Sebab sekarang ni memang banyak tawaran fesyen yang disediakan untuk orang-orang yang bersaiz comel macam sis ni. Kalau dulu ye mungkin kena tempah, tapi sekarang ni hanya perlu cari je kedai kedai plus size.
Antara masalah orang plus size ni bila tibanya hari lebaran. Kerisauan tu sentiasa ada. Risau tailor tak mampu nak siapkan sebelum raya, haa dah raya kena pakai baju biasa je. Kan sedih tu.
Tapi korang yang ada saiz comel dah tak payah risau sebab Bob Rock LoveLily sekarang ni dah ada tawarkan baju Melayu untuk digayakan pada hari lebaran.
Nampak lebih bergaya dan hense dengan baju tradisi Baju Melayu Cekak Musang.
Sebab dia memang khas untuk plus size so rekaan dia memang selesa sebab ada belahan pada hujung baju tu untuk lebih selesa dekat bahagian perut.
Fabrik pun daripada Twill yang berasaskan kapas dan sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas litlit ni kan. Senang nak serap peluh, dan senang nak kering.
Nak beli boleh terus ke butik yang terletak dekat Plaza Shah Alam atau https://linktr.ee/bobrocklovelily
Artikel asal: Ayu Arjuna