Bila Si Penjual Kasut Bundle Cuba Tackle Ex-GF Dalam ‘Gila-Gia CInta’
Buat korang yang tak minat nak tengok drama panjang-panjang tu, ada satu drama yang KP nak cadangkan untuk korang tengok. Dengan genre romantik komedi, drama ‘Gila-Gila Cinta’ lakonan Dayang Areeda, Zaki Azeman, Afiera Riana dan Aziq Mukhriz ni akan menggantikan drama Diari Seorang Suami.
Mengisi slot Lestary dan ditayangkan setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3, Gila-Gila Cinta mengisahkan mengenai konflik cinta antara empat pemuda/i: Afira, Ben, Ery dan Carl.
Afira yang bekerja sebagai agen insurans bakal mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Ben yang bekerja menjual kasut & pakaian bundle berjenama dengan bantuan kawannya, Ery.
Manakala Diya, bekas kekasih Ben pula berjiran dengan Carl yang merupakan seorang editor video. Keduanya sering bergaduh biarpun disebabkan hal yang remeh.
Rupa-rupanya Afira pula bekas kekasih Carl!
Sejak daripada pertemuan tersebut, Carl yang masih ada hati pada Afira mahu mulakan misi menawan semula hati bekas kekasihnya dengan mengajak Diya turut serta dalam misi tersebut.
Korang rasa dapat ke dorang ni tawan semula bekas kekasih masing-masing? Nak tahu kenalah follow drama ni okeh?
Sis nak tengok sebab mana tahu kot ada port kasut bundle best yang dorang tunjukkan dalam drama ni ke. Best jugak.
Korang kalau peminat kasut bundle atau pakaian bundle bolehlah baca sharing Comel pasal lubuk kasut best dari Jepun ni DEKAT SINI.
Artikel asal: Kite Punye