Anti-Pollution Finishing Pact, Powder Power Dari Laneige
Dengan pertambahan pencemaran yang berlaku sekarang, udara kita memang dah tercemar dengan benda-benda berbahaya. Kalau balik rumah tu, memang kena terus cuci muka untuk buang segala kotoran yang melekat.
Nak pulak kalau korang jenis ride. Ride 5 minit pun dah terasa muka lain macam. Bila cuci dengan cotton pad, nah tudiaa. Hitam! Kalau tak dicuci memang rosak kulit muka tu.
Ambil kira persekitaran udara yang semakin tercemar, korang tahu tak Laneige sebenarnya ada keluarkan produk anti-pencemaran yang boleh membantu kulit terlindung daripada kerosakan disebabkan pencemaran tadi?
Yang Ashley rasa menarik untuk Ashley kongsi ialah Anti-Polliution Finishing Pact. Teknologi Dust Block yang digunakan akan buatkan powder ni forms satu lagi protection layer dekat kawasan kulit supaya partikel habuk tadi tak meresap ke dalam kulit dan hanya stay dekat luar je. Sama juga dengan sinaran UV.
Bayangkan powder ni pun boleh hasilkan satu protective barrier dekat kulit yang boleh nampak kulit lebih smooth dan tak merekah. Jadi partikel tak akan terkena pada permukaan kulitlah macam tu.
Selain daripada finishing pact ni ada jugak sheet mask dan defensor yang boleh korang guna untuk lebih protection.
Tapi harga dia agak mahal sikit iaitu RM115. Cuma Ashley rasa ia pelaburan yang bagus untuk kesihatan kulit yang lebih baik kan?
Artikel asal: Ashley Yeen
Kredit gambar utama: Laneige