Best Gila! Boleh Personalized Beg Kulit Ikut Design Yang Kita Nak
Dari mula diasaskan tahun 2016 lagi, brand CSHEON ni dah dapat perhatian peminat leather dekat Malaysia sebab vibe vibe yang dihasilkan pada setiap product dorang sangat memuaskan hati.
Lagi 1 sebab dorang ni pun terkenal dengan menghasilkan item dari leather yang pelanggan sendiri boleh customize sesuai dengan kegunaan dorang sendiri. Mana nak jumpa kan yang ada tawarkan servis macam ni.
Maybe ada, tapi susah nak cari yang affordable.
Kualiti, stail, authenticity semuanya dijaga dan beg akan dihasilkan dengan teknik jahitan tangan. Lebih kemas dan teliti lah kiranya proses penghasilan beg korang tu.
Macam yang Betty ada ni, Little Kaiju Eyewear Pouch untuk letak eyewear Betty selain daripada penyeri handbag Betty kalau Betty rasa OOTD hari tu macam dull je. Sangat soft dan sangat cantik.
Kalau korang pun memang tengah cari leather bag yang boleh korang personalise sendiri, bolehlah ke https://c-sheon.com/ atau terus je lawat kedai fizikal dorang dekat Robinson My, Four Season Shoppe Kuala Lumpur.
Artikel asal: Betty’s Journey