Review First Time Try Warna Rambut Dekat Provost Hair Studio
Semua orang ada first time dia dalam hidup kan? Tak kisahlah nak buat benda sekecil-kecil perkara pun, tetap terasa nervous tu.
Macam Sherlyn, walaupun dah banyak kali warna rambut. Tapi bila nak try warna rambut dekat salon lain, tetaplah rasa nervous tu ada. Kali ni Sherlyn sajalah nak try warnakan rambut dekat satu salon rambut di Taman Setia Tropika, JB.
Kali ni berbeza, sebab warna yang dipilih pun berbeza, bukan hitam/putih tapi purplish red macam tu.
Dan hasil dia memang tak mengecewakan sebab Sherlyn rasa end product dia hampir sama dengan warna yang Sherlyn pilih awal-awal tadi.
Harga berpatutan, servis terbaik sebab hairdressernya sangat ramah dan buatkan Sherlyn rasa selesa. Maybe kalau nak warna rambut, and masa tu Sherlyn di JB, Sherlyn akan datang lagi sini.
Korang kalau nak datang, sila buat appointment dulu tau.
Artikel asal: Read Sherlyn