Menu Bufet Hi Tea Di Hotel Sheraton, PJ
Cari kelainan nak makan untuk weekend korang lebih enjoy? Jom sis cadangkan korang pergilah pampered diri lepas dah mengharungi hari yang mencabar seminggu ni. Contohnya sekali sekala apa salahnya pergi hi-tea dekat hotel.
Sebab apa sis cadangkan hi-tea dekat hotel? Sebab baru-baru ni Best Restaurant to Eat share yang di hi-tea dekat Sheraton Hotel, PJ.
And menu-menu kat situ bagi sis sangat menarik kalau korang mencari kelainan, dalam masa sama tak rajin nak masak dan nak self reward.
Hi-tea dekat sini start boleh masuk 12.30 tengah hari. ALL-YOU-CAN-EAT okey? Daripada makanan berat sampai lah ke dessert, makanlah selagi perut korang mampu.
Sambal Sotong, Kambing Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, dimsum, seafood, sushi, menu western, pudding, pancake. Oh you name it. Sis yang tengok gambar je ni pun dah rasa terliur.
Ada pelbagai jenis buffet boleh korang pilih. Antaranya buffet breakfast, continental breakfast, full American breakfast, Chinese restaurant Yue, extensive buffet Feast (yang Best Restaurant ambil), authentic Japanese Miyabi dan banyak lagi.
Nak tahu dining apa yang ada dan dress code dia, korang boleh klik terus dekat link ni: https://www.marriott.com/hotels/hotel-information/restaurant/szbsi-sheraton-petaling-jaya-hotel/
Artikel asal: Best Restaurant to Eat