Aktiviti Menarik Di Lost World Hot Springs & Night Park, Ipoh
Korang ada plan nak ke Ipoh, Perak tapi tak tahu nak pergi mana? Selain daripada tempat makan yang menarik, Ipoh ada satu tarikan yang memang menarik. Ada orang sanggup turun Ipoh sebab nak datang sini tau.
Sempena rentas negeri dah dibenarkan, taman tema pun dah dibenarkan buka, Ayu nak share sikitlah apa yang Ayu buat masa Ayu turun satu family ke Ipoh. Alang-alang bawa anak-anak, Ayu pun cadang apa kata buat trip 2D1N ke Lost World of Tambun.
Malam-malam memang banyak aktiviti menarik untuk anak-anak.
1. Kolam Air Panas
Kolam air panas memang terasa berbeza bila kita enjoy masa malam. Bila kawasan kolam dikelilingi cahaya lampu, terasa indah pulak momen mandi manda tu. Gituh, feeling dia. Dah tu siap ada slide, memang lagilah budak-budak enjoy.
2. Luminous Forest
Kalau pergi Lost World Hot Springs & Night Park tak singgah sini memang double rugi. Sebab sepanjang perjalanan dalam ni korang akan jamu mata dengan keindahan lampu dengan pelbagai bentuk tau. Terasa macam dunia avatar pun ada. Memang berseni betul ek siapa yang buat ni.
3. Petting Zoo
Anak-anak kecil confirm teruja bila dapat datang sini. Iyalah, biasa kalau ke zoo kan masa siang, kali ni malam pulak. Yang bestnya bila boleh tengok haiwan-haiwan rare yang tak selalu kita jumpa macam raccoon. Jinak & comel!
4. Fire Show
Kita yang dewasa tengok fire show pun boleh teruja sebab fuh, hebatlah dorang ni bermain dengan api. Tapi ingat jangan lupa pesan pada anak-anak yang jangan sesekali cuba aksi ni dekat rumah.
Nak tahu apa lagi aktiviti menarik yang korang boleh buat dekat Lost World Hot Springs & Night Park? Boleh visit je website dorang di https://sunwaylostworldoftambun.com/
Artikel asal: Ayu Arjuna