Scarf Machines Untuk Peminat Aidijuma
Masa zaman U, tudung Aidijuma adalah salah satu brand tudung yang penuhkan almari sis. Bukan setakat sebab harganya yang mampu milik tapi jugak sebab ada koleksi yang ironless. So, senang. Tak kalut nak iron kalau nak pakai.
Masa tahun 2016 ke 2017 macam tu, Colors Addiction Sdn Bhd, pengeluar tudung bawal Aidijuma dah perkenalkan Scarf Machines, jualan tudung gunakan trak di seluruh negara bagi mudahkan pelanggan dapatkan tudung-tudung brand kegemaran dorang.
Sis ingat lagi, dah macam lawat showroom jugaklah. Tapi kalau berminat boleh terus je beli.
Sebab ada masa kita tak rasalah nak beli online, jadi bolehlah datang dekat trak ni untuk rasai sendiri jenis kain dan tengok dulu tudung yang berkenan sebelum buat pembelian.
Artikel asal: Kite Punye
Kredit gambar utama: Syarafiq Abd Samad via BH