Cuci Mata Lawat Showroom Swarovski Baru Wirdora Dekat Ampang
Orang perempuan ni kalau tak ada aksesori, rasa macam tak lengkap je kan dia punya almari. Walupun cuma ada one set je, tetap rasa puas sebab adalah daripada tak ada.
Kalau korang jenis yang suka cuci mata tengok aksesori sebelum buat keputusan untuk beli, Kelly nak syorkan satu showroom yang akan buat korang rambang mata.
Dekat Wirdora New Showroom & Boutique, pelbagai koleksi dan design Kristal Swarovski ada dipamerkan. Khas diimport dari Austria. Yang bestnya dekat sini sebab aksesori yang ada dekat Wirdora memang aksesori khas untuk wanita berhijab.
Jadi Kristal Swarovski tak terhad dijual dalam bentuk barang perhiasan macam cincin, gelang dan sebagainya, tapi juga dalam pentuk pin tudung, tudung dan juga butang baju melayu lelaki.
Kalau korang nak tahu, Wirdora ni diasaskan oleh Wirdalina Tauhed pada Mei 2017 dan menampilkan personaliti TV, Hawa Rizwani sebagai duta lepas Wirdalina nampak yang tak banyak brand tempatan yang hasilkan aksesori wanita.
Kelly suka sebab dekat Wirdora, daripada design simple sampailah ke design ekstravagan ada dijual. Korang hanya perlu pilih ikut apa yang korang nak. Jangan risau, Kristal Wirdora semuanya genuine tau sebab Wirdora adalah salah satu Swarovski Ingredient Partner.
Kalau nak buat pembelian secara online, boleh dibuat dekat https://wirdora.com atau pun FB https://www.facebook.com/wirdora/ dan IG https://www.instagram.com/wirdorahq
Artikel asal: Sunshine Kelly