Mamonde x 11street vs Hong Bajang
Bila sebut je 11street, sis automatik teringat dekat Hong Bajang. Bukan apa, lepas je kontroversi yang menimpa Hong Bajang kesayangan ramai tu, banyak jugak brand brand besar batalkan kontrak kerjasama dorang.
Cuma lepas Dispatch dah dedahkan kandungan mesej Hong Bajang aka KSH, barulah ada beberapa brand yang mula collab balik dengan KSH. Termasuklah 11street dekat Korea yang tampilkan KSH sebagai pelaris dorang.
Dan terbukti aura KSH masih ada tau bila 11street capai target sale dorang! Hebat tak hebat support fans dia.
Okey, dah pasal KSH. Hari ni Mouse Mommy nak cerita yang korang boleh beli dah kosmetik brand Mamonde Malaysia dekat 11street dengan lebih mudah dan lebih banyak promosi.
Selain daripada ada skincare dia, korang boleh juga dapatkan barang makeup superb best daripada Mamonde Malaysia dengan harga promosi dan hadiah menarik.
Antaranya mascara dengan volume set yang boleh didapati dengan harga serendah RM59 je.
Atau pun highlight lip tint set yang dijual dengan harga RM50. Siap ada gift with purchase gurlz.
Dan paling best kenalah grab powder cushion dia. Sangat convenient untuk korang letak dalam daily handbag.
Untuk memudahkan korang dapat maklumat pasal sale, korang pergi je tengok dekat FB Mamonde https://www.facebook.com/Mamonde.MY/ okey? Nak tunggu end year sale pun okey jugak.
Confirm tak masuk akal punya lah harga Mamonde Malaysia ni.
Artikel asal: Mouse Mommy Treats