Kasut Ikut Bintang Zodiak
Siapa suka baca zodiak? Kalau korang nak tahu, konsep zodiak ni sebenarnya berasal dari Babylon yang mana pada tahun 2000 SM ia digunakan untuk orang visualkan waktu. Sama je macam kalendar, zodiak ni ada 12 bulan dalam satu tahun.
Dan zodiak yang ada sekarang ni adalah hasil kajian ahli astronomi Mesir, Ptolemy pada abad ke-2 Masihi yang mana pada ketika itu zodiak dikatakan dah pun digunakan sekurangnya selama 2,000 tahun.
Buat korang yang suka dengan zodiak, hari ni Kelly ada nak share kasut yang dicipta khas mengikut zodiak masing-masing. Macam nice jugak kan kalau nak beli untuk diri sendiri atau pun hadiahkan dekat orang lain.
Aries (21 Mac – April 19): Sesuai dengan personaliti Aries yang berani dan independent, pemakainya mestilah tak takut cuba benda-benda baru.
Taurus (21 April – 20 Mei): Taurus memang agak penyabar dan boleh dipercayai. Jadi kasut yang selesa sangat penting untuk matchkan dengan personaliti si Taurus.
Gemini (21 Mei – 20 Jun): Orang kata geng Gemini ni attention seeker sikit. Jadi on positive side, korang suka melaram untuk lebih menonjol lain dari yang lain.
Cancer (21 Jun – 23 July): Tak macam namanya, personaliti Cancer sangat gentle dan caring tau. Jadi kasut-kasut yang feminim sesuai dengan personaliti Cancer.
Leo (24 Julai – 23 Ogos): Macam Leo the Lion, warna-warna garang macam merah dan hitam sangat sesuai dengan personaliti Leo yang konfiden tapi kekal rilek.
Virgo (24 Ogos – 23 September): Sentiasa praktikal dan analitikal, Virgo adalah salah satu yang akan korang perlukan bila ada masalah. Jadi tampil kasual dan kemas adalah salah stau ciri si Virgo yang semua orang selesa.
Libra (24 September – 23 Oktober): Personaliti Libra biasanya balance. Kasut yang sesuai untuk si Libra adalah kasut yang selesa dalam masa sama tetap seksi gituh.
Scorpio (24 Oktober – 22 November): Bersama personaliti macam cikgu displin yang sentiasa passionate dengan tugas mendisplinkan orang, tengok kasut pun dah tahu kan?
Sagitarius (23 November – 21 Disember): Ayy, geng Sagi memang dia freedom lover sikit. Jenis tak kisah orang cakap asalkan selesa dengan dia.
Capricon (22 Disember – 19 Januari): Kadang-kadang personaliti si Capricon ni realistik sangat sampai orang tak tahan. Tapi bagusnya sebab dorang ni jenis matang. So kasut design ‘dewasa’ memang kena sangat dengan dia.
Aquarius (20 Januari – 18 Februari): Kreativiti geng aquarius ni memang kadang kita pun tak sangka. Sendiri buat sendiri pakai. Haa biasanya pieces pieces rare la.
Pisces (19 Februari – 20 Mac): Bila elemen personaliti Pisces macam jenis disukai ramai, energetik, dan imaginative ni digabungkan, saing-saing juga bijak dia dengan Aquarius.
So amacam, berkenan tak dengan kasut zodiak korang?
Artikel asal: Sunshine Kelly