Legoland Malaysia Resort, Syurga Staycation Untuk Anak-Anak
Masih dalam mood staycation ke tu? Hari ni sis nak share satu tempat menarik yang boleh korang datang untuk staycation dan bawa anak-anak korang. Confirm dorang mesti happy punyalah.
Untuk korang yang nak bawa anak-anak staycation, Weekend Treat cadangkan untuk korang pergi Legoland Malaysia Resort. Confirm ayat yang selalu akan korang dengar ialah, “Mummy, tengok! Ada Legolah!”
Itu je yang dorang akan ulang-ulang dan amaze dengan banyaknya Lego dekat sana. Sangat berbaloi bila tengok anak-anak happy!
Hotel yang sangat child-friendly. Macam-macam jenis mainan ada untuk dorang habiskan masa, dari kapal lanun sampailah ke toy box yang pelbagai.
Macam Weekend Treat, dia ambil bilik Adventure Themed. Fuh, memang boleh tak tidur malam anak dibuatnya sebab excited sangat dengan permainan yang ada. Treasure hunt box, puzzle,Lego block sangat menarik untuk dorang.
Restoran Bricks Family yang ada dekat tingkat bawah pun ada konsep yang sama. Semuanya dibuat dalam bentuk bricks dengan warna yang pelbagai. Anak-anak pun excited & happy je nak enjoy their meals.
As a parent, pergi sini memang akan bagi memori yang sangat best untuk anak-anak. Maybe korang boleh plan untuk celebrate Christmas dekat sini?
Macam reward untuk anak-anak yang dah lama terperap dekat rumah masa PKP ni. Mak ayah pun boleh rileks sikit, sebab banyak aktiviti yang anak-anak boleh buat dekat sini.
Enjoy!
Artikel asal: Weekend Treat