Teknik Hidrat Yang Betul Untuk Kulit Lebih Sihat
Korang tahu tak, proper hydration penting untuk dimasukkan dalam rutin skincare kita? Tak kisahlah jenis kulit korang apa pun, termasuklah kulit berminyak teknik hydration yang betul perlu ada supaya kulit sentiasa sihat.
Kali ni, Mouse Mommy nak share sikit ilmu pasal proper hydration yang Mouse Mommy dapat masa Mouse Mommy pergi satu bengkel daripada jenama skincare terkenal dari Jepun, Hada Labo.
Mouse Mommy dapat tahu, bila kita guna teknik hydration yang betul, masalah kulit kering bila duduk dalam aircond dah tak berlaku lagi. Terutamanya kalau hari tu cuaca panas. Dan bila dapat proper hydration, skin korang akan nampak lebih fresh, glowing dan sihat!
Untuk berikan kesan terbaik untuk pengguna, Hada Labo ada keluarkan 8 jenis losyen yang setiap satunya memang khas untuk jenis kulit yang berbeza iaitu Hydrating, Hydrating (Light), Premium Hydrating, Whitening, Whitening (Rich), Lifting & Firming, Mild Peeling (Exfoliation) dan Blemish & Oil Control.
Kalau korang cari losyen yang anti-aging, boleh gunakan losyen Lifting & Firming yang bukan je tolong pudarkan & hilangkan kedut. Tapi juga untuk bagi kulit korang lagi anjal! Untuk kulit kering, boleh try losyen jenis Hydrating atau yang kulit berminyak boleh try jenis losyen Blemish & Oil Control.
Paling best pasal losyen ni memang cepat meresap ke dalam kulit. Jadi tak ada masalah untuk korang yang tak suka kulit terasa basah tu.
Tekniknya mudah je. Sebab kulit Mouse Mommy jenis kombinasi, Mouse Mommy gunakan losyen Mild Peeling, Hydrating Lotion (Light), Hydrating Water Gel dan Air UV Fresh. Semua dari Hada Labo.
- Cuci makeup korang dulu guna makeup remover.
- Tuangkan losyen Hydrating (Light) dekat kapas dan lap perlahan dekat muka dan biarkan dalam 30 saat.
- Apply tebal Hydrating Water Gel dan biarkan dalam 20 minit. Yang ni sesuai juga untuk kulit berminyak tau.
- Last sekali apply Hada Labo Air UV Fresh untuk lindung diri daripada sinaran UV.
Mudah je kan? Korang yang tengah cari solusi untuk masalah kulit yang tak selesai tu pun boleh try produk ni. Nak tahu lebih lanjut pasal produk ni bolehlah ke:
Website : http://www.mentholatum.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MyHadaLabo/
Instagram : https://www.instagram.com/hadalabomalaysia/
Artikel asal: Mouse Mommy Treats