Tips Kemas Beg Untuk Ibu Bila Bercuti Dengan Anak
Dulu kalau bujang, memang no hal nak gamble travel sehelai sepinggang macam tu je. Barulah terasa adventurenya. Tapi bila dah bergelar ibu ni, memang sebelum travel kena prepare serba serbi untuk keselesaan anak-anak.
Sampai kadang-kadang stress berfikir apa lagi yang tertinggal. Semuanya kena cukup!
Dah ibu, jangan stress. Meh Huda nak share tips macam mana nak kemas beg supaya ibu-ibu tak perlu stress dah.
- Buat senarai – Senaraikan detail percutian, berapa hari pergi, masa bertolak dan prepare baju dan keperluan ikut senarai tu. Jot down semua yang terlintas dekat kepala, nanti baru sort out perlu ke tidak.
- Cuaca & jarak perjalanan – Tengok dulu ramalan kaji cuaca macam mana. Kalau hujan, pastikan bawa baju hujan atau payung, dan kalau cuaca panas jangan pula sediakan baju yang anak-anak tak selesa pakai.
- Lipat baru – Jangan lipat baju asing-asing, nanti susah nak cari. Lipat baju ikut one set terus. Tak adalah nanti bila anak nak ambil habis dibongkarnya beg tu. Kita pun tenang sikit, tak ada sibuk nak kemas beg.
- Wet tissue/pampers – Kalau ada anak yang masih gunakan pampers, pastikan bawa pampers secukupnya dan lebihkan sikit. Sediakan wet tissue untuk mudahkan kerja membersih kalau tak jumpa lokasi berhenti. Jangan lupa juga wet tissue penting kalau anak-anak tertumpahkan makanan ke ha lap je guna tu. Sediakan plastik untuk buang sampah sekali.
- Makanan – Ini yang penting. Anak-anak pun macam kita. Ada makanan senyaplah dia. Bawa bekalan makanan macam roti, susu formula, snek dari rumah untuk lebih jimat. Yelah sebab makanan kalau beli dekat stesen minyak/RnR mahal sikit.
- Ubat – Sebagai langkah berjaga-jaga sediakan first aid dan ubat-ubatan yang perlu mengikut keperluan anak-anak. Hand sanitizer jangan lupa!
- Toys – Supaya anak-anak tak rasa bosan dalam perjalanan, sediakan permainan atau toys yang boleh distract dorang daripada rasa bosan. Bila dorang ada aktiviti, barulah dorang tak meragam atau tantrum.
Artikel asal: Cerita Huda