7 Tips Bebas Kelemumur Untuk Wanita Berhijab
Rata-rata wanita bertudung ada masalah rambut kelemumur kan. Mana tidaknya, rambut masih basah, terus sarung tudung. Kadang-kadang tu sebab nak cepat, kejar masa. Bila dah selalu macam tu, akhirnya rambut pun naik kelemumur.
Kalau nak tahu ada 2 jenis kelemumur, satu kelemumur berminyak, satu lagi kelemumur kering.
Jadi, untuk wanita berhijab yang ada masalah rambut kelemumur tu, Huda nak share 7 tips untuk korang bebas daripada dibelenggu masalah ni.
1. Syampu yang sesuai –
Pilih syampu yang ada kandungan menthol sebab menthol ni membantu mengurangkan masalah kelemumur tadi.
2. Guna perapi/conditioner –
Nak tak nak, memang kena tambah perapi dalam rutin penjagaan rambut korang. Supaya rambut kekal sihat dan lembut. Guna conditioner ni jangan sampai terkena kulit kepala, cukup sekadar kena dekat batang rambut. Bila terkena kulit kepala, tu yang naik minyak dan kelemumur tu.
3. Serum rambut –
Invest sikit beli serum untuk rambut lebih sihat & gebu.
4. Keringkan rambut –
Ini yang sis cakap tadi. Sebelum pakai tudung kena pastikan yang rambut tu dah dikeringkan. Nanti bukan takat kelemumur, bau pun boleh naik.
5. Anak tudung –
Untuk elakkan kepala berpeluh, korang boleh pilih anak tudung dengan fabrik kapas & serap peluh, Tukar setiap hari untuk kebersihan dan kesihatan rambut tau.
6. Makanan –
Bukan hanya rutin je kena jaga, makanan pun sama jugak. Penting untuk makan makanan yang ada vitamin macam biotin, silika, Vitamin B, C dan E serta zat besi dan omega 3.
7. Salon –
Bukan muka je kena manjakan dekat salon, rambut pun macam tu juga. Tak perlu pun untuk potong, datang sekadar untuk buat treatment tambahan setiap 3 bulan sekali.
Kalau Huda, Huda akan guna jenama Safi Shayla yang memang khas untuk rawat masalah anti-kelemumur. Safi Shayla ni pun memang target pada wanita bertudung yang ada masalah ni.
Kalau korang rasa Safi Shayla tak okey dengan kulit kepala korang, korang boleh cuba juga yang pernah kawan-kawan blogger sis yang lain pernah guna dan berkesan.
Boleh tengok DEKAT SINI.
Artikel asal: Cerita Huda