Siap Ada Fungsi Sunscreen, Kulit Lebih Anjal Dengan Moisturizer Charm
Dalam step skincare routine, ada beberapa jenis skincare yang korang tak boleh tinggal. Antaranya, cleanser, toner, moisturizer dan sunscreen/sunblock. Dalam 4-4 tu, ramai je sebenarnya yang tinggalkan step moisturizer sebab bagi dorang tak penting pun step tu dan rasa cukuplah dengan toner je.
Kalau korang nak tahu, mindset macam ni salah tau. Toner fungsinya untuk bantu wajah serap bahan-bahan selepasnya dengan baik. Kalau korang terus ke sunscreen dan tinggalkan moisturizer, kulit korang akan jadi kering dan tak hidrat.
So buat korang yang dah tersalah step ni, sis nak share satu produk moisturizer yang boleh membantu kulit korang lebih anjal, anti-jeragat dan anti-aging dengan berkesan dan selamat dengan gunakan formulasi yang dibangunkan daripada penyelidik dari UTHM.
Dah diuji secara klinikal dan dermatologi, ramuan yang digunakan Charms Hydra Fresh Tinted Moisturizer Broad Spectrum SPF50 dibuktikan terbaik dan selamat untuk digunakan.
Bukan takat 3 fungsi yang disebutkan tadi, moisturizer ni jugak kaya dengan bahan antioksidan yang dapat membantu melembut, melembap, mencerah kulit yang kusam.
Walaupun ia produk bumiputera, tapi kualtinya memang setanding jenama antarabangsa. Kalau keluaran bumiputera, mesti dah diuji sesuai ke tak dipakai dalam cuaca Malaysia yang cuma ada 2 musim je ni.
Maklumat lanjut pasal moisturizer Charms ni korang boleh tengok dekat https://charms.my/ . Boleh juga tengok testimony dekat media sosial https://www.facebook.com/charmscosmeticskincare atau https://www.instagram.com/charmscosmeticskincare/
Artikel asal: Kite Punye