5 Tempat Terbaik Dapatkan Subang Khas Untuk Telinga Sensitif
Teringin nak pakai subang tapi telinga ni sensitif sangatlah. Kadang tu tengok iklan macam oh nice je, detail pun okey tapi bila dah beli lepas tu pakai, azab betul kesan dia tu.
Kalau korang memang ada telinga sensitif, Kelly nak share brand subang yang boleh korang try beli sebab dorang ni ada certified hypoallergenis earring atau pun secara mudahnya subany yang tak ada kandungi nickel langsung.
1. Hey Rowan – https://heyrowan.com/
Hey Rowan memang tawarkan aksesori kualiti tinggi dengan harga yang munasabah dalam bentuk subscription. Biasa harga start dari $19.95 untuk sterling silver box dan sekitar $87 untuk 14k gold earring box.
2. Ear Fleek – https://www.earfleek.com/
Ear Fleek pun sama macam Hey Rowan ada tawarkan servis langganan. Dengan bajet cuma $3.17 sebulan korang akan dapat kotak berisi subang berkualiti tinggi sama ada diperbuat daripada sterling silver, platinum, copper, titanium atau pun campuran enam ni. Kalau nak upgrade, korang boleh bayar sekitar $9.93 sebulan.
3. Etsy – https://www.etsy.com/
Etsy ni adalah salah satu brand dalam senarai Kelly yang sis suka jugak. Bawah kategori subang je ada 62,000 design yang boleh korang pilih. Confirm rambang mata lah. Harga biasa dalam $25 – $100 macam tu bergantung kepada design & material yang dipilih.
4. Simply Whisper – https://www.simplywhispers.com/
Dengan hanya gunakan material berkualiti tinggi, subang dari Simply Whisper ni mampu bertahan sampai bertahun lamanya kalau korang jaga betul-betul. Harga dalam sekitar $5 – $60 untuk 700 pilihan yang ada.
5. Sensitively Yours – https://sensitively-yours.com/
Dengar nama pun dah rasa tertarik nak beli kan? Dengan design-design yang unik bukan je untuk orang dewasa tapi juga untuk kanak-kanak, apa yang menarik pasal Sensitively Yours ni ialah dia offer design yang jarang-jarang ada jumpa kat tempat lain.
Jadi lepas ni masih boleh melaramkan dengan subang walaupun ada telinga yang sensitif.
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: Retailer