Sambil Makan Boleh Rendam Kaki Dalam Sungai, Port Menarik Kena Cuba Dekat Kemensah
Sejak sejak dah cukup 2nd dose boleh dibenarkan dine-in, mesti korang tengah cari tempat makan menarik yang boleh balas dendam perasaan nak dine in sebelum ini. Kalau macam sis, sis memang tengah cari port port menarik area KL ni yang boleh sis dine in sambil rileks rileks bersantai.
Kalau korang pun macam sis, Seri Wangi ada satu tempat nak share dengan kita.
Hari tu Seri Wangi diajak makan dekat sungai. Yelah first dine in sejak PKP, diajak pulak makan dekat sungai, memang senyum lebar la dibuatnya. Dalam KL ni terbayang satu je tempat, Kemensah yang belakang Zoo Negara tulah.
Tapi pastikan korang dah 14 hari lepas 2nd dose tau. kalu tidak memang sia sia je datang.
Datang BBQ Lamb KL Kemensah ni tak boleh walk in sebab memang ramai sangat nak rasa pengalaman yang sama. So paling lewat korang kena tempah 2 minggu sebelum.
Walaupun penantian dia cukup terseksa, tapi Seri Wangi yakin korang akan puas hati sebab sambil makan, sambil tu boleh layan lepak tengok nature, kaki terendam dalam air sungai, main-main dengan ikan. Sangat fresh la pengalaman macam ni.
Sambil-sambil tunggu order sampai bolehlah berOOTD dekat kawasan-kawasan yang cantik.
Cakap pasal menu, Seri Wangi nak share sikit keunikan yang ada. BBQ Lamb ni memang resepi sendiri daripada owaner dia tau iaitu EN Zainuddin dan Puan Mimie. Sedap dia macam taraf 5 bintang sebab bahan-bahan mentah dia diasapkan dekat dapur khas rumah asap sebelum dimasak.
Seri Wangi order Meat Set dan Tamohawk yang dihidangkan bersama nasi berempah yang sangat sedap. Air minuman pulak boleh refill tanpa perlu bayar. Dalam Meat Set tu adanya daging lembu, daging kambing, ayam dan itik. Kalau Tamohawk pulak dihidangkan seketul macam tu.
Memang puas hati makan!
Kalau korang tak makan daging, boleh try Fish Set atau pun Seafood Set. Yang ini siap ada lobster tau.
Nak datang sini, macam Seri Wangi cakap… Kena buat tempahan. Dekat mana nak tempah? Boleh je WA wasap.my/60122114100 atau pergi dekat media sosial dorang di:
Facebook: https://www.facebook.com/Bbqlambklkemensah/
Instagram: https://instagram.com/bbqlambklkemensah
Tik Tok: https://vt.tiktok.com/ZSeRrT5nv/
Artikel asal: Keunggulan Wanita