Pengalaman Berbeza Bila Try Full Body Massage Dekat Award Winning Spa
Dah hampir 2 tahun kita work from home. Bermakna 2 tahun jugaklah kita hidup dalam norma baru. Terkurung dekat rumah, tak boleh ke mana-mana untuk bersosial melainkan ada keperluan je memang boleh buat kita burnout dan tak bersemangat.
Tapi sejak kadar vaksinasi makin tinggi, rentas negeri pun dah dibenarkan, akhirnya dapatlah juga kita keluar berme-time untuk manjakan diri setelah sekian lama. Biasa bila dah bergelar mak mak, waktu berme-time selalunya akan pergi spa, buat facial, buat full body massage untuk refreshkan balik tubuh yang dah lesu ni.
Hari ni blogger Weekend Treat nak share satu spa yang servis full body massage dia memang terbaik, iaitu The AsiaSpa dekat Jalan Yap Kwan Seng, KL.
Kalau korang nak tahu AsiaSpa ni award winning spa yang provide servis 5 bintang dekat setiap customer dia. Dengan environment yang sangat relaxing ala-ala Bali, ada juga jacuzi private yang boleh korang try.
Antara pakej yang boleh korang pilih merangkumi full body massage, head massage, aroma eye pillow treatment, rain bath dan sambil dihidangkan dengan teh halia yang menambahkan lagi kesegarannya.
Dalam masa 2 jam, korang akan dilayan bak raja dengan urutan tangan magik tukang massage yang sangat comfortable dan relaxing. Habis je sesi, badan terus rasa bertenaga dan ringan. Hilang semua sakit sendi yang ada.
So, Weekend Treat sangat rekemen AsiaSpa kalau korang memang tengah cari tempat untuk berme-time. Lokasinya:
The AsiaSpa Sdn Bhd
No.33, 1st Floor,
Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Artikel asal: Weekend Treat