DIY Sendiri Face Mask Dekat Rumah
Sejak dari tahun lepas, face mask dah jadi salah satu item wajib dipakai sebelum kita melangkah keluar dari rumah. Wabak yang melanda betul-betul buatkan kita terpaksa hidup dengan patuh pada norma-norma baharu.
Tapi boleh ke nak DIY sendiri face mask?
Masa awal-awal wabak COVID-19 melanda, diakui yang stok face mask sangat terhad. Sampaikan ada yang ambil kesempatan jual semula face mask dengan harga yang sangat mahal. Jadi adalah sis terjumpa blogger Best Restaurant to Eat share cara DIY je sendiri face mask dekat rumah.
Psss, sekarang face mask dah mudah dapat dekat pasaran. Jadi korang boleh gunakan yang dijual sebab lebih selamat dan diyakini. Untuk tips DIY ni boleh korang gunakan sebagai aktiviti anak-anak je dekat rumah.
Bahan yang diperlukan:
– Sehelai tisu dapur
– Sehelai tisu muka
– 2 gelang getah
– Stapler
Caranya:
1. Lipat dua tisu dapur, dan masukkan tisu muka ke bahagian dalam lipatan.
2. Lipat 1cm bahagian bawah tisu yang terbuka dan staple kan getah. Buat di kedua-dua bahagian.
3. Ulang langkah di bahagian atas yang terlipat dan staple pada bahagian tengah untuk bentukkan muncung supaya face mask DIY elok terletak dekat hidung.
Dan siap! Mudah je kan? Korang boleh juga tengok tutorial dekat SINI.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Best Restaurant to Eat