Rentas Negeri Lebih Bergaya Dengan Beg Anna Sui
Yahoo, dah boleh rentas negeri! Memang tak sabar gilalah nak tunggu weekend ni. Korang pun macam tu jugak ke?
Okey, sempena meraikan yang kita dah boleh rentas negeri ni kan mestilah terasa nak bergaya sikit. Sebab dah 2 tahun tak balik, cuti terlajak lama sikitlah bagi nak lepaskan rindu yang ada.
Apa kata korang try guna beg travel yang ada korang dapat/beli masa korang shopping dekat Guardian tu. Ala, beg travel Anna Sui tu.
Haa, dengan rekaan yang menarik, ada juga beg troli, beg tote dan designer case, sis rasa korang memang akan bersemangat gila nak drive nanti.
Anna Sui ni adalah salah seorang designer dengan influence yang kuat sama ada dalam bidang kecantikan mahupun fesyen. Jadi design dia yang segar sangat sesuai dengan imej dunia moden sekarang.
Beg troli 24 inci: Muat sangat masuk baju kalau korang plan untuk stay dalam 3/4 hari dekat kampung. Dengan corak yang datang daripada sehelai tuala teh moden abad pertengahan yang bertemakan kuartet kedai gunting rambut, Guardian kreatif sesuaikan dengan slogan Anna Sui, ‘botol minyak wangi dan tiub gincu!’.
Beg troli 20 inci: Kalau rasa beg 20 inci ni besar, korang boleh dapatkan yang kecik sikit, beg troli ni. Dengan corak rama-rama sesuai sangatlah dengan perasaan ‘rama-rama dalam perut’ sebab excited nak balik kampung tu.
Beg tote: Dengan jaluran ros beg tote ni adalah salah satu design ikonik Anna Sui.
Designer case: Yang ini Anna Sui hadirkan corak daripada himpunan pelbagai kotak kosmetik yang dihasilkannya selama bertahun-tahun.
Barulah rentas negeri nampak lebih bergaya, walaupun cuma sekadar balik jumpa mak ayah.
Artikel asal: Kite Punye