Tudung Yang Sesuai Untuk Hijabis Bersukan
Bila berhijab, kadang-kadang timbul juga kekangan daripada segi jenis tudung nak pakai bila bersukan. Terpakai tudung yang kain licin, aktiviti dah terganggu sebab kerjanya asyik nak pegang tudung supaya tak terjatuh.
Jadi untuk korang yang tercari tudung yang sesuai untuk aktiviti sukan atau outdoor, Ayu nak rekemenkan satu tudung yang sangat selesa nak dipakai masa bersukan iaitu Tahan Sports Hijab.
Kain ringan, tak jarang, senang dibentuk dan tak panas. Harganya pun ckup berbaloi dengan apa yang ditawarkan dalam setiap pembelian.
Material dia yang gunakan 90% polyster dan 10% spandex buatkan dia tak mudah kedut. Jadi kalau korang buat aktiviti yang lasak pun, masih elok je nampak kemas.
Yang penting tak payah pakai inner. Tapi ikutlah kalau korang nak pakai pun boleh.
Review pun ramai kata best sangat!
Artikel asal: Ayu Arjuna