Tampil Lebih Manis Dengan Koleksi Berry Delicious Dari Etude House
Rentas negeri dah dibenarkan? Sis pasti ramai yang dah plan nak pergi melancong dekat Cameron kan? Ambil udara segar, layan teh dalam cuaca sejuk, pergi ladang teh dan yang paling penting nak makan strawberi fresh dekat sana.
So, sempena nak rentas negeri ni… Sis nak share satu koleksi makeup dari Etude House yang sis rasa korang mesti suka kalau dapat pakai jugak masa pergi Cameron iaitu Berry Delicious Strawberry.
Di bawah koleksi ni adanya Liquid Lips Juicy yang mampu buat bibir korang nampak lebih umph sebab dengan ekstrak berry dan strawberry, ia bagikan efek macam tint yang sangat cantik.
Ada juga Lip Jam, Lip Scrub dan Lip Treatment untuk korang try demi dapatkan bibir yang orang kata smooth and kissable macam tu. Sexy!
Pelengkap kepada item-item ni semestinya ada Cream Blusher yang sangat cantik, datang dengan warna-warna yang vibrant macam peach, pink dan coral. Ada juga Mineral Cushion yang mampu buatkan korang tampil lebih peloles.
Dekat bahagian mata jangan dilupakan Fantastic Color Eyes yang tampil dengan 7 warna Strawberry Mojito iaitu Soda Water, Lime & Berry Squeeze, Spearmint, Crushed Strawberry, Berry Brown Sugar dan Mojito Party atau shade Strawberry Fondue yang tampilkan warna Hazelnut Chocolate, Berry Milk Chocolate, Sugary Butter, Cheese Berry, Fresh Strawberry dan DipDip!
Untuk kuku pulak ada Strawberry Souffle Nail yang datang dengan 10 warna-warna vibrant yang sis pasti korang akan jatuh cinta gila.
Dah settle makeup, wangikan diri dengan bau manis buah Strawberry, Raspberry, Muguet Flowers Bas atau Orange Sweet Middle Eau De Perfume yang jadi pelengkap OOTD korang hari tu.
Sebagai penutp hari, korang boleh segarkan diri dengan gunakan Bread Sponge, Body Scrub & Wash Body Milk.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Tall Pisces Girl