Jenis Kasut Terbaik Menurut Pakar
“Kasut yang betul akan bawa kita terbang ke mana sahaja yang kita mahu.”
Pernah dengar tak frasa ni? Bila sebut pasal kasut, boleh rambang mata dibuatnya sebab terlampau banyak sangat pilihan yang ada ditawarkan. Kalau nak tahu apa yang wajib ada dalam almari perempuan korang boleh baca dekat SINI.
Tapi kali ni sis nak sembang pasal jenis kasut yang terbaik menurut pakar kasut.
- Kasut aktiviti outdoor
Kalau korang memang jenis yang suka aktiviti outdoor, kaut yang wajib korang ada ialah kasut hiking. Benda paling utama sekali mestilah saiz tu kena ngam dan selesa dengan kaki korang. Sebab kalau saiz kasut terlampau kecil, nanti berisiko akan dapat sakit kaki.
Kalau korang bukan setakat suka hiking tapi juga macam memanjat gunung ke apa, pakar sarankan untuk ambil terus kasut yang khas untuk memanjat trail-trail yang susah supaya kasut korang sentiasa pada laluan walaupun laluannya mudah.
Dengan itu, risiko kemalangan disebabkan kasut boleh dikurangkan.
2. Kasut berjalan
Untuk kasut berjalan, apa yang penting ialah dia ringan dan boleh sokong berat badan kita. Bila kasut beri tekanan pada kaki, ia bukanlah kasut yang baik sebab peranan walking shoes bukan je untuk protect kaki, tapi juga untuk bagi kita selesa bergerak dalam satu tempoh masa yang panjang.
3. Kasut atlentik
Untuk kasut jenis ni, pakar sarankan yang kasut bukan je kena ringan, tapi juga fleksible dan ada daya cengkaman yang bagus. Jadi masa beli, jangan semata-mata tengok pada design tapi tengok juga pada fungsinya.
Nak tahu kasut yang boleh buat speed korang lagi laju. Baca dekat sini: https://santaisini.com/2021/10/09/kasut-sukan-yang-ringan-untuk-speed-lebih-laju/
4. Kasut formal
Sekarang ni kasut formal dah tak mahal macam dulu. Korang boleh je dapatkan kasut formal dengan harga yang murah tapi kualitinya bagus sama macam yang daripada brand mahal. Mungkin kalau korang ada bajet lebih bolehlah spend untuk yang lebih mahal.
Sebab kasut formal dipilih dengan lihat pada ketahananya, overall look dan hasil akhirnya yang mampu buatkan korang tampil lebih kemas dan bergaya. Untuk yang tinggi lampai, mungkin benda yang kena korang elak ialah pilih yang berheels.
Tapi ini semua hanya cadangan dari pakar untuk korang pilih kasut apa yang sesuai. Korang setuju tak?
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: Healthline