Hampir 2 Tahun WFH, Dah Ready Ke Nak Masuk Ofis?
Dengar cerita tak lama lagi dah nak boleh rentas negeri. Ini bermakna, Malaysia dah nak capai kadar peratusan vaksinasi 90% populasi dewasa dah.
Bila kadar populasi dewasa yang divaksin semakin besar, makanya banyaklah juga sektor ekonomi dibuka. Korang pun dah kena gerak masuk ofis macam biasa kan?
Keadaan dah nak kembali normal, tapi kita tetap masih kena amalkan norma-norma baharu yang perlunya SOP dijaga. Jarak fizikal kena jaga, masih kena pakai mask dan kerap cuci tangan.
Tapi SIS rasa, kerja di ofis lagi best sebenarnya. Sebab lebih senang nak berbincang dengan kawan-kawan ofis dan tanya pendapat secara bersemuka berbanding kalau ikut video call yang kadang-kadang line pun macam siput.
Aduh, stress!
Bila masuk ofis jugak, lebih senang tau nak dapat idea. Maybe sebab persekitaran yang terbuka dan boleh bertanya atua minta pendapat secara diresis dengan kawan-kawan ofis. Dan focus pun lebih terjaga.
Walaupun kat rumah ada workspace, gangguan tetap ada. Macam eh, katil kat belakang je. Rehat kejap la. Lastnya weh, tertidur sampai ke sudah. Dah tak produktif. Naya! Belum lagi masuk Netflix.
Tambah pula kalau ada anak-anak kecil. Hmm, memang nak bagi attention kat dorang lagi. Mencabar kan?
Oh ya, lagi satu SIS rasa kalau kerja dekat rumah ni terganggu betul perasaan. Tak dapat keluar rumah suka hati sebab risau terkena jangkitan, tak dapat nak release stress, tak dapat nak balik kampung jenguk mak ayah.
Lastnya, stress bertimpa-timpa. Kesihatan mental pun terabai.
Tak kira lagi yang kadang-kadang bos tak kira waktu mesej atau emel minta respon pasal kerja. Stress beb! Alasannya ala duduk rumah je pun. Bukannya datang ofis. Sampai kita sendiri tak ada space peribadi dah.
Korang punya pengalaman work from home selama hampir 2 tahun ni macam mana? Ke korang happy je sebab tak payah jumpa orang?
Sharelah sikit dengan sis apa yang korang rasa sepanjang hampir 2 tahun ni. Sharing kan is caring, gitu.
Kredit gambar utama: Forbes