Pasta Segera Mudahkan Kerja Kalau Craving Tengah Malam
Musim wabak korona ni, kalau craving tengah malam agak susah jugaklah nak cari makanan. Sebab tak banyak kedai yang buka waktu malam dah sekarang ni.
Tak macam dulu, kalau dekat bandar. Memang tengah malam pun meriah je dengan kedai kedai makan. Macam mana kalau malam-malam tetiba mengidam nak makan pasta? Yang rajin je akan kelentung kelentang masuk dapur masak.
Kalau macam sis yang bujang ni? Hmm, baiklah sis beli je pasta segera yang Seri Wangi cakap ni. Senang dan mudahkan kerja.
Datang dengan 3 perasa: Carbonara, Tomato Sauce dan Mac & Cheese, mi pasta instant ni memang sesuai untuk korang yang tak ada mood atau pun datangnya mood malas nak jengah ke dapur.
Dihasilkan oleh Tasty.ly Food, mi instant pasta ni memang senang sangat masaknya. 5 minit dah settle.
1. Masukkan perencah.
2. Tuang air panas ke dalam cup sampai tutup pasta tadi dan biarkan dalam 5 min.
3. Mi pasta sedia untuk dimakan!
Kalau korang nak beli, bolehlah beli online je. Save masa dan tenaga nak pergi kedai tu. Harga pula lagi murah kalau beli bundle tau. Abam kurier siap hantar sampai depan pintu rumah lagi tu.
Maklumat lanjut boleh layari website http://www.tastylyfood.com atau https://www.facebook.com/tastyly.food/
Artikel asal: Keunggulan Wanita