Koleksi Minyak Wangi Dari Bauan Teh Rare
Ramai yang tahu, bau daripada daun teh mampu berikan ketenangan. Sebab tu ada yang minum teh sampai berjam-jam sebab hirup sikit sikit, ambil bau yang lebih.
Hari tu sis pernah share pasal bau teh ni terapi kepada minda. Nak minda sihat, bolehlah minum dan bau teh. Nak baca alik sharing tu korang boleh klik dekat sini: Bau Teh Terapi Yang Tenangkan Minda
Kali ni sis nak share pasal perfume yang ada tawarkan bau daun-daun teh yang rare daripada Jo Malone.
Pertama kalinya tau teh-teh ni dibawa dalam bentuk wangian. Antara teh yang ada ialah:
1. Silver Needle Tea – Dibuat daripada teh dari Fuji, China. Salah satu teh yang digunakan khas untuk maharaja China dan salah satu teh putih paling berharga yang ditanam. Baunya lebih ringan dan segar dengan tambahan bunga ros, sage dan kasturi.
2. Darjeeling Tea – Daripada bunga yang kaya dengan kemanisan eksotik yang selalunya dijumpai di kaki bukit Himalaya. Tambahan bunga melati dan ramuan herba India menjadikan ia lebih unik dan aromanya lebih halus tetapi ada kedalaman yang berbeza.
3. Jade Leaf Tea – Dibangunkan di Jepun, Sencha ariake digunakan untuk hasilkan bau teh hijau dalam koleksi ni. Diinfusi lebih 22 jam dengan tambahan bijan, lentisk dan pomelo buatkan bau minyak wangi ini lebih segar, tajam dan clean.
4. Oolong Tea – Dihasilkan daripada teh oolong yang ditanam di pergunungan Jiangsu, China. Teh ni diperam selama 68 jam dan dicampurkan dengan koko, jerami dan tembakau untuk hasilkan aroma yang gelap, creamy tapi betul-betul unik dan sedap baunya. Macam ada hint seksi tapi dalam masa sama tetap lembut.
5. Midnight Black Tea – Kalau korang nak tahu, minyak wangi ni dihasilkan dari bunga yang makan masa bertahun tahun untuk matang dan berkembang tau. Ditambah dengan kayu vanilla, amber dan guaiac, minyak wangi ni ada satu bau pedas manis yang unik dan memikat. Sesuai untuk dipakai kalau ada event malam.
6. Golden Needle Tea – Ni pun salah satu bau yang ada aroma pedas pedas sikit. Gunakan teh yang ditanam di pergunungan Yunnan, China, aroma yang terhasil agak maskulin sebab dicampur dengan arona cendana dan beberapa aorma lain yang sesuai untuk kegunaan uni-sex. Bau dia deep sikit tapi tak sedeep perfume Midnight Black.
Untuk maklumat lanjut atau nak tengok perfume best-best, boleh layari jomalone.com.my.